Terjemah

Berita Semasa

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel Bahagian ini kepada semua PTJ bertarikh 31 Oktober 2017 adalah berkaitan.

  1. Selaras dengan Arahan Pegawai Pengawal 2018, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan bahawa 100% peruntukan tahun semasa yang yang diterima daripada Kementerian Kewangan bagi Bantuan Persekolahan KPM akan disalurkan kepada semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) mulai minggu kedua Januari 2018.Bahagian ini akan menyalurkan peruntukan Bantuan Persekolahan (Umum) berdasarkan data tuntutan bantuan yang telah dikunci masuk oleh semua PTJ dalam Sistem eBantuan (eB) pada Oktober 2017. Tarikh penyaluran adalah seperti yang diperincikan di dalam jadual di bawah:

Bil.

Jenis Bantuan

*Tarikh Penyaluran

Peratus Penyaluran Tahun 2018

(%)

1.

Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

12 Januari 2018

            90

2.

Bantuan Yuran Khas Sekolah (YKS)

12 Januari 2018

            100

3.

Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

12 Januari 2018

            100

4.

Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra)

25 Januari 2018

            100

5.

Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)

25 Januari 2018

            100

6.

Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

25 Januari 2018

            100

7.

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

23 Februari 2018

            100

8.

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

23 Februari 2018

              85

9.

Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)

23 Februari 2018

               90

       

*Tarikh yang ditetapkan masih tertakluk kepada perubahan, sekiranya ada keperluan.

  1. Sehubungan itu, adalah diingatkan bahawa jumlah peruntukan yang disalurkan adalah untuk kegunaan sekolah bagi sepanjang tahun 2018. Pihak sekolah perlu menyimpan peruntukan awal tahun 2018 sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid sehingga pelarasan bulan Jun 2018 supaya tidak terlebih belanja daripada kelayakan yang sepatutnya sekiranya berlaku pengurangan murid pada tarikh pelarasan dibuat. Sebarang keperluan pindaan / tercicir data tuntutan awal, PTJ dikehendaki mengemaskini data berkenaan semasa pembukaan Sistem eBantuan bagi tujuan pelarasan Jun 2018 mulai 1 hingga 31 Julai 2018.
  1. Kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah atau institusi pendidikan di bawah seliaan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

‘SEHATI SEJIWA’

Saya yang menurut perintah,

Nadirah Hamid

Nadirah Binti Hamid

PSU (Bt) Unit 2

Cawangan Bantuan

Bahagian Kewangan

Kementerian Pendidikan Malaysia

03-8884 7630

Pelawat

We have 32 guests and no members online

PAUTAN

   LOGO BARU KPM 2013  download 3

mof  audit 2

PERINGATAN MESRA

Sekiranya terdapat sebarang pemulangan lebihan peruntukan :
i. Jika pemulangan ke JPN, cek hendaklah dibuat atas nama
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
ii. Jika pemulangan ke KPM, cek hendaklah dibuat atas nama
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T

Kalender

loader

SISTEM eSPKWS

SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN MENGENAI PERMASALAHAN SISTEM eSPKWS SILA EMAILKAN KE ALAMAT EMAIL jpnkdh.espkws@moe.gov.my

2138650
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Last Week
Bulan Ini
Last Month
Jumlah Pelawat
603
1095
1698
2124519
12634
49270
2138650

IP Anda: 18.225.149.225
08-07-2024 13:51

CARIAN

Alamat

Unit Akaun JPN Kedah
Sektor Pengurusan, 
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, 
05604 Alor Setar, Kedah.

Hubungi Kami

 Tel: 04-7404000

 Fax: 04-7404343

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com