- Sekiranya terdapat sebarang pemulangan lebihan peruntukan :
- i. Jika pemulangan ke JPN, cek hendaklah dibuat atas nama
- PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
PELAWAT
We have 60 guests and no members online
PERINGATAN MESRA
- ii. Jika pemulangan ke KPM, cek hendaklah dibuat atas nama
- AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T
BORANG TUNTUTAN PERJALANAN (TNT ) TERBAHARU BERTARIKH 1.1.2024
- BORANG TUNTUTAN BARU (EXCEL)1.1.2024
- BORANG TUNTUTAN BARU(WORD)1.1.2024
- TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KE LUAR NEGERI (EXCEL)
- TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KE LUAR NEGERI (WORD)
- PINDAAN PEKELILING WP 1.4 KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK TENTERA DAN POLIS)
KALENDAR

SISTEM eSPKWS
SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN MENGENAI PERMASALAHAN SISTEM eSPKWS SILA EMAILKAN KE ALAMAT EMAIL jpnkdh.espkws@moe.gov.my
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan (BKew) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 3 Tahun 2021: Bantuan Persekolahan (BP) Khusus Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Berdasarkan pemerhatian dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan, terdapat keperluan untuk meminda klausa berkaitan dalam Garis Panduan Pengurusan BP Khusus Asrama bertarikh 19 Mac 2023 sebagai langkah untuk menambah baik tatacara pengoperasian dan pengurusan BP Khusus Asrama.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Soalan Lazim BP Khusus Asrama KPM bagi urusan pelaksanaan di peringkat sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian yang berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025. Walau bagaimanapun, klausa berkaitan penggunaan Baki Bawa Ke Hadapan Bantuan Makanan Asrama akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2025.
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-
PEMAKLUMAN PENYELARASAN BAGI TUJUAN PENYERAGAMAN NAMA ATAS CEK/DRAF BANK/KIRIMAN WANG BAGI SEMUA PTJ BAWAH SELIAAN JANM, KEDAH
Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Para 76 (a) berkaitan Penerimaan Cek dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.3/2025, Para 4.2.3 (2) a berkaitan Mod Terimaan/Cara Bayaran (Cek) adalah dipatuhi.
PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BANTUAN MAKANAN ASRAMA SERTA BANTUAN PERJALANAN DAN PENGANGKUTAN MURID ASRAMA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2025
PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (PCG) 2025 - 19/06/2025
Merujuk kepada SPK Bil.1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTAN PELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa berdasarkan enrolmen murid pada 28hb Mei 2025 memandangkan 1 Jun 2025 adalah dalam tempoh Cuti Penggal 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025/2026. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).
Untuk makluman pihak sekolah, tarikh akhir penghantaran Borang Tuntutan Pelarasan Bantuan Sekolah (PCG) Tahun 2025 ke Unit Akaun, JPN Kedah adalah pada @ sebelum 19 Jun 2025.
Pihak sekolah perlu mengambil perhatian bahawa selepas tarikh akhir penghantaran, pihak kami TIDAK AKAN MEMPERTIMBANGKAN sebarang kes keciciran data tuntutan pelarasan untuk pembayaran. PTJ berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi keciciran tersebut.
Sila muat turun untuk maklumat lanjut : -
TEMPLAT KONTRAK PERJANJIAN, SURAT SETUJU TERIMA, SPESIFIKASI DAN SKOP BAGI PEROLEHAN PERKHIDMATAN BEKALAN BAHAN MENTAH, BASAH DAN KERING DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Bahagian Perolehan (BPL) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan templat dokumen kontrak perjanjian termasuk surat setuju terima (SST), spesifikasi dan skop yang standard bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan penyeragaman sekali gus melancarkan urusan semakan draf kontrak oleh pihak Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU).
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-