- Sekiranya terdapat sebarang pemulangan lebihan peruntukan :
- i. Jika pemulangan ke JPN, cek hendaklah dibuat atas nama
- AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PELAWAT
We have 103 guests and no members online
PERINGATAN MESRA
- ii. Jika pemulangan ke KPM, cek hendaklah dibuat atas nama
- AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T
BORANG TUNTUTAN PERJALANAN (TNT ) TERBAHARU BERKUATKUASA 01 JANUARI 2026
BORANG TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI BARU 2026 (EXCEL)
BORANG TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI BARU 2026 (WORD)
BORANG TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KE LUAR NEGERI BARU 2026(EXCEL)
BORANG TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KE LUAR NEGERI BARU 2026(WORD)
KALENDAR
SISTEM eSPKWS
SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN MENGENAI PERMASALAHAN SISTEM eSPKWS SILA EMAILKAN KE ALAMAT EMAIL jpnkdh.espkws@moe.gov.my
TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2025
Untuk makluman tuan BAB B: PROSEDUR TUNTUTAN AWAL - Prosedur Tuntutan Awal - Surat Pekekliling Kewangan Bil.1 Tahun 2021 menetapkan tuntutan awal Bantuan Persekolahan (BP) Umum tahun semasa hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Sehubungan dengan itu bagi tahun 2025, semua sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tuntutan awal BP Umum berdasarkan enrolmen murid pada 1 oktober 2024 dan dikemukakan ke Unit Sub Bantuan Unit AKaun JPN Kedah sebelum atau pada 17 Oktober 2024 (Khamis)
Read more: TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2025
KELULUSAN PEROLEHAN MAKANAN BERMASAK BAGI BANTUAN MAKANAN PRA SEKOLAH YANG DISEDIAKAN OLEH PENGUSAHA KANTIN BAGI TAHUN 2024/2025
Selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil.1 Tahun 2021, Bab A(III) Bantuan Pra Sekolah, Para 2.1(b)(ii), perolehan makanan bermasak dalam keadaan tertentu yang munasabah dibolehkan selepas mendapat kelulusan Ketua PTJ.
PENGGUNAAN WANG FAEDAH BANK SELAIN DARI PERBELANJAAN CAJ BANK
Untuk makluman semua, berdasarkan perenggan 4.4.6 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) “Faedah bank merupakan terimaan sekolah. Resit Rasmi Pejabat perlu dikeluarkan berdasarkan tarikh terima penyata bank. 2Wang ini boleh dibelanjakan mengikut maksud yang ditetapkan dibawah kumpulan wang berkenaan.”Sehubungan itu perbelanjaan selain daripada caj bank, sekolah perlu mendapatkan kelulusan KPTJ bagi Kumpulan Wang Sekolah yang terdiri daripada Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), Kumpulan Wang SUWA (KWS) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA).
Read more: PENGGUNAAN WANG FAEDAH BANK SELAIN DARI PERBELANJAAN CAJ BANK
PERMOHONAN TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA KPM TAHUN 2024
Merujuk kepada SPK Bil. 1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTANPELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).
Bagi permohonan tuntutan Pelarasan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (BP Khusus Asrama) iaitu Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM), KPM tahun 2024 semua sekolah perlu mengemukakan permohonan berdasarkan enrolmen murid pada 4 Jun 2024.
Borang Tuntutan pelarasan untuk BP Umum dan BP Khusus asrama beserta dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan ke Unit Akaun Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebelum 30 Jun 2024.
PENGGUNAAN LAJUR BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SUBSIDIARI) DI DALAM SISTEM eSPKWS
Bahagian Akaun KPM telah membuat membuat perpindahan (migration) data amaun dari lajur induk "Bimbingan dan Kaunseling" kepada lajur subsidiari "Bimbingan dan Kaunseling (subsidiari)" di Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bermula 14 Mac 2024 secara berfasa. Sekolah tidak lagi dibenarkan lajur induk "Bimbingan dan Kaunseling" dan perlu mengunci masuk sebarang transaksi dengan menggunakan lajur "Bimbingan dan Kaunseling (subsidiari)" berkuatkuasa tarikh surat ini dikeluarkan.
Read more: PENGGUNAAN LAJUR BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SUBSIDIARI) DI DALAM SISTEM eSPKWS