Adalah dimaklumkan bahawa segala urusan akaun sekolah termasuk sistem eSpkws dibahagikan mengikut PIC daerah masing-masing.
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-
PEMBERITAHUAN PIC UNTUK DAERAH-DAERAH BAGI URUSAN SISTEM ESPKWS DAN AKAUN SEKOLAH
Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi ke pegawai meja daerah masing-masing :-
GARIS PANDUAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2023
Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai Tahun 2023.
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-
Adalah dimaklumkan bahawa surat ruj. KPM.400-3/2/2 JLD.18(91) bertarikh 30 Disember 2024 adalah berkaitan.
Seperti tuan/puan sedia maklum, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah digalakkan menggunakan pindahan dana elektronik/ Electronic Fund Transfer (EFT) sebagai salah satu medium pembayaran di sekolah seperti surat KPM.400-3/2/2 Jld 13(14) bertarikh 6 Jun 2024.
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-
Garis panduan operasi amil zakat fitrah agensi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Lembaga Zakat Negeri Kedah ini disediakan bagi tujuan rujukan dan panduan kepada amil zakat fitrah untuk menjalankan operasi kutipan zakat fitrah di sekolah-sekolah seluruh Negeri Kedah Darul Aman.
Berdasarkan para 5.7.1 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) Edisi 2012, “Baucar Bayaran mestilah disertakan dengan senarai nama murid yang diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa dan perakuan oleh penerima wang tersebut”. Para 5.7.1 ini hanya membenarkan pembayaran menggunakan kaedah AP96(a) untuk murid.
Read more: PINDAAN PARA 5.7.1 TATACARA PENGURUSAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH AP96a