Selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil.1 Tahun 2021, Bab A(III) Bantuan Pra Sekolah, Para 2.1(b)(ii), perolehan makanan bermasak dalam keadaan tertentu yang munasabah dibolehkan selepas mendapat kelulusan Ketua PTJ.
Untuk makluman semua, berdasarkan perenggan 4.4.6 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) “Faedah bank merupakan terimaan sekolah. Resit Rasmi Pejabat perlu dikeluarkan berdasarkan tarikh terima penyata bank. 2Wang ini boleh dibelanjakan mengikut maksud yang ditetapkan dibawah kumpulan wang berkenaan.”Sehubungan itu perbelanjaan selain daripada caj bank, sekolah perlu mendapatkan kelulusan KPTJ bagi Kumpulan Wang Sekolah yang terdiri daripada Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), Kumpulan Wang SUWA (KWS) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA).
Read more: PENGGUNAAN WANG FAEDAH BANK SELAIN DARI PERBELANJAAN CAJ BANK
Merujuk kepada SPK Bil. 1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTANPELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).
Bagi permohonan tuntutan Pelarasan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (BP Khusus Asrama) iaitu Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM), KPM tahun 2024 semua sekolah perlu mengemukakan permohonan berdasarkan enrolmen murid pada 4 Jun 2024.
Borang Tuntutan pelarasan untuk BP Umum dan BP Khusus asrama beserta dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan ke Unit Akaun Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebelum 30 Jun 2024.