PINDAAN PEKELILING WP 1.4 KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN ( Berkuatkuasa 01 Januari 2026)

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab B

Sila muat turun pekeliling di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: PINDAAN PEKELILING WP 1.4 KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM...

KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2026 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Assalamualaikum wbt,
 
Tuan,
 
KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2026 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa Kadar Caj Aktiviti Persekolahan bagi Murid Bukan Warganegara bagi sesi persekolahan 2026 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bawah Kementerian Pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2021 : Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan berkuatkuasa dengan kadar seperti berikut: 

Sila muat turun surat di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN...

KELULUSAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (KPTJ) BAGI PERUNTUKAN LAJUR FAEDAH/CAJ BANK BAGI PERBELANJAAN SELAIN DARIPADA BAYARAN CAJ BANK

Untuk makluman semua, berdasarkan perenggan 4.4.6 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) “Faedah bank merupakan terimaan sekolah. Resit Rasmi Pejabat perlu dikeluarkan berdasarkan tarikh terima penyata bank. 2Wang ini boleh dibelanjakan mengikut maksud yang ditetapkan dibawah kumpulan wang berkenaan.”Sehubungan itu perbelanjaan selain daripada caj bank, sekolah perlu mendapatkan kelulusan KPTJ bagi Kumpulan Wang Sekolah yang terdiri daripada Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), Kumpulan Wang SUWA (KWS) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA).

Sila muat turun surat di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: KELULUSAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (KPTJ) BAGI PERUNTUKAN LAJUR FAEDAH/CAJ BANK BAGI PERBELANJAAN...

TINDAKAN KONTINGENSI DALAM TEMPOH PENUTUPAN SISTEM eSPKWS

Assalamualaikum wbt,
 
Tuan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
 
2.      Seperti sedia maklum, Sistem eSPKWS pada masa ini tidak dapat diakses disebabkan masalah teknikal yang sedang dalam tindakan Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM. Sehubungan itu, bagi memastikan kelangsungan operasi di sekolah dan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah dapat dilaksanakan secara teratur serta mematuhi keperluan audit, pihak sekolah hendaklah mengguna pakai dokumen kewangan manual seperti berikut: 
 
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-

Read more: TINDAKAN KONTINGENSI DALAM TEMPOH PENUTUPAN SISTEM eSPKWS

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BANTUAN MAKANAN ASRAMA SERTA BANTUAN PERJALANAN DAN PENGANGKUTAN MURID ASRAMA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2026

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
 
Untuk makluman, Semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) perlu mengemukakan permohonan tuntutan pelarasan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (BP Khusus Asrama) iaitu Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026 berdasarkan data enrolmen murid pada 1 Oktober 2025.
 
Untuk makluman pihak sekolah, tarikh akhir penghantaran Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (TBPKA) ke Unit Akaun, JPN Kedah adalah pada @ sebelum 19 Oktober 2025.
 
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-

Read more: PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BANTUAN MAKANAN ASRAMA SERTA BANTUAN PERJALANAN...

Page 1 of 33

  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • Next
  • End