PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (PCG) 2026 - 18/06/2026

api  PENTING UNTUK SEKOLAH   api

Merujuk kepada SPK Bil.1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTAN PELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan Bantuan Umum (BP) sekolah dan Bantuan Umum (BP) Khusus Asrama peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa berdasarkan enrolmen murid pada 08Jun 2026 memandangkan 1 Jun 2026 adalah dalam tempoh Cuti Penggal 1 Sesi Persekolahan Tahun 2026/2027. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).

Untuk makluman pihak sekolah, tarikh akhir penghantaran Borang Tuntutan Pelarasan Bantuan Sekolah (PCG) Tahun 2026 ke Unit Akaun, JPN Kedah adalah pada @ sebelum 18 Jun 2026.

Pihak sekolah perlu mengambil perhatian bahawa selepas tarikh akhir penghantaran, pihak kami TIDAK AKAN MEMPERTIMBANGKAN sebarang kes keciciran data tuntutan pelarasan untuk pembayaran. PTJ berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi keciciran tersebut.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut : - 

Read more: PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (PCG) 2026 -...

KEBENARAN KHUSUS SECARA BERTULIS KEPADA PEGAWAI DI SEKOLAH BORANG AK52 KUASA TETAP (KEBENARAN MENANDATANGANI CEK). TERBARU

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

Untuk makluman Bahagian Akaun KPM telah menambah baik Borang Kuasa tetap (AK 52) (Cek) bagi sekolah-sekolah selaras dengan penerbitan Buku Tatacara Pengurusan Kwangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi 2026. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah hendaklah menggunakan format baru bagi Borang AK52 berkuatkuasa pada 15 Mei 2026

Read more: KEBENARAN KHUSUS SECARA BERTULIS KEPADA PEGAWAI DI SEKOLAH BORANG AK52 KUASA TETAP (KEBENARAN...

PINDAAN PEKELILING WP 1.4 KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN ( Berkuatkuasa 01 Januari 2026)

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab B

Sila muat turun pekeliling di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: PINDAAN PEKELILING WP 1.4 KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM...

KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2026 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Assalamualaikum wbt,
 
Tuan,
 
KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2026 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa Kadar Caj Aktiviti Persekolahan bagi Murid Bukan Warganegara bagi sesi persekolahan 2026 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bawah Kementerian Pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2021 : Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan berkuatkuasa dengan kadar seperti berikut: 

Sila muat turun surat di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: KELULUSAN MENGUTIP CAJ AKTIVITI PERSEKOLAHAN MURID BUKAN WARGANEGARA DI SEKOLAH KERAJAAN DAN...

KELULUSAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (KPTJ) BAGI PERUNTUKAN LAJUR FAEDAH/CAJ BANK BAGI PERBELANJAAN SELAIN DARIPADA BAYARAN CAJ BANK

Untuk makluman semua, berdasarkan perenggan 4.4.6 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) “Faedah bank merupakan terimaan sekolah. Resit Rasmi Pejabat perlu dikeluarkan berdasarkan tarikh terima penyata bank. 2Wang ini boleh dibelanjakan mengikut maksud yang ditetapkan dibawah kumpulan wang berkenaan.”Sehubungan itu perbelanjaan selain daripada caj bank, sekolah perlu mendapatkan kelulusan KPTJ bagi Kumpulan Wang Sekolah yang terdiri daripada Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), Kumpulan Wang SUWA (KWS) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA).

Sila muat turun surat di bawah untuk maklumat lanjut :-

Read more: KELULUSAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (KPTJ) BAGI PERUNTUKAN LAJUR FAEDAH/CAJ BANK BAGI PERBELANJAAN...

Page 1 of 34

  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • Next
  • End