Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan (BKew) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 3 Tahun 2021: Bantuan Persekolahan (BP) Khusus Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Berdasarkan pemerhatian dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan, terdapat keperluan untuk meminda klausa berkaitan dalam Garis Panduan Pengurusan BP Khusus Asrama bertarikh 19 Mac 2023 sebagai langkah untuk menambah baik tatacara pengoperasian dan pengurusan BP Khusus Asrama.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Soalan Lazim BP Khusus Asrama KPM bagi urusan pelaksanaan di peringkat sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian yang berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025. Walau bagaimanapun, klausa berkaitan penggunaan Baki Bawa Ke Hadapan Bantuan Makanan Asrama akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2025.
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-
Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Para 76 (a) berkaitan Penerimaan Cek dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.3/2025, Para 4.2.3 (2) a berkaitan Mod Terimaan/Cara Bayaran (Cek) adalah dipatuhi.
Merujuk kepada SPK Bil.1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTAN PELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa berdasarkan enrolmen murid pada 28hb Mei 2025 memandangkan 1 Jun 2025 adalah dalam tempoh Cuti Penggal 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025/2026. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).
Untuk makluman pihak sekolah, tarikh akhir penghantaran Borang Tuntutan Pelarasan Bantuan Sekolah (PCG) Tahun 2025 ke Unit Akaun, JPN Kedah adalah pada @ sebelum 19 Jun 2025.
Pihak sekolah perlu mengambil perhatian bahawa selepas tarikh akhir penghantaran, pihak kami TIDAK AKAN MEMPERTIMBANGKAN sebarang kes keciciran data tuntutan pelarasan untuk pembayaran. PTJ berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi keciciran tersebut.
Sila muat turun untuk maklumat lanjut : -
Dimaklumkan bahawa Bahagian Perolehan (BPL) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan templat dokumen kontrak perjanjian termasuk surat setuju terima (SST), spesifikasi dan skop yang standard bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan penyeragaman sekali gus melancarkan urusan semakan draf kontrak oleh pihak Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU).
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-