TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2026

Untuk makluman tuan BAB B: PROSEDUR TUNTUTAN AWAL - Prosedur Tuntutan Awal - Surat Pekekliling Kewangan Bil.1 Tahun 2021 menetapkan tuntutan awal Bantuan Persekolahan (BP) Umum tahun semasa hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Sehubungan dengan itu bagi tahun 2026, semua sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tuntutan awal BP Umum berdasarkan enrolmen murid pada 1 oktober 2025 dan dikemukakan ke Unit Sub Bantuan Unit AKaun JPN Kedah sebelum atau pada 19 Oktober 202 (Ahad)

Read more: TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2026

PEMANTAPAN KAWALAN DALAMAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PERJALANAN BAGI BERTUGAS RASMI BERKURSUS DI LUAR IBU PEJABAT

Assalamualaikum wbt,
 
Tuan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
 
2. Bersama-sama ini dikemukakan surat dan borang yang berkaitan mengenai permohonan kelulusan perjalanan bagi bertugas rasmi/berkursus diluar pejabat untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Read more: PEMANTAPAN KAWALAN DALAMAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PERJALANAN BAGI BERTUGAS RASMI BERKURSUS DI...

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan (BKew) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 3 Tahun 2021: Bantuan Persekolahan (BP) Khusus Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Berdasarkan pemerhatian dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan, terdapat keperluan untuk meminda klausa berkaitan dalam Garis Panduan Pengurusan BP Khusus Asrama bertarikh 19 Mac 2023 sebagai langkah untuk menambah baik tatacara pengoperasian dan pengurusan BP Khusus Asrama.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Soalan Lazim BP Khusus Asrama KPM bagi urusan pelaksanaan di peringkat sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian yang berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025. Walau bagaimanapun, klausa berkaitan penggunaan Baki Bawa Ke Hadapan Bantuan Makanan Asrama akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2025.

Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-

Read more: GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMAKLUMAN PENYELARASAN BAGI TUJUAN PENYERAGAMAN NAMA ATAS CEK/DRAF BANK/KIRIMAN WANG BAGI SEMUA PTJ BAWAH SELIAAN JANM, KEDAH

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Para 76 (a) berkaitan Penerimaan Cek dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.3/2025, Para 4.2.3 (2) a berkaitan Mod Terimaan/Cara Bayaran (Cek) adalah dipatuhi. 

Read more: PEMAKLUMAN PENYELARASAN BAGI TUJUAN PENYERAGAMAN NAMA ATAS CEK/DRAF BANK/KIRIMAN WANG BAGI SEMUA...

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BANTUAN MAKANAN ASRAMA SERTA BANTUAN PERJALANAN DAN PENGANGKUTAN MURID ASRAMA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2025

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
 
Untuk makluman, Semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) perlu mengemukakan permohonan tuntutan pelarasan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (BP Khusus Asrama) iaitu Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2025 berdasarkan data perbezaan enrolmen murid pada 1 Oktober 2024 dengan enrolmen murid pada 28 Mei 2025.
 
Untuk makluman pihak sekolah, tarikh akhir penghantaran Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (TBPKA) ke Unit Akaun, JPN Kedah adalah pada @ sebelum 19 Jun 2025.
 
Sila muat turun surat untuk maklumat lanjut :-

Read more: PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BANTUAN MAKANAN ASRAMA SERTA BANTUAN PERJALANAN...

Page 1 of 33

  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • Next
  • End