Mengenai SPI

  • Category: Am
  • Published: Monday, 14 September 2015 01:47
  • Written by Super User
  • Hits: 8124

Sektor Pendidikan Islam adalah satu sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.

Sektor ini di ketuai oleh seorang Ketua Sektor (DG52), seorang Ketua Penolong Pengarah (DG48), 6 orang Penolong Pengarah Kanan (DG44), 6 orang Penolong Pengarah (DG41), 4 orang Penyelia Kanan (DG34) dan 2 orang Penyelia (DG 32). Kesemua pegawai ini diletakkan di salah satu daripada tiga Unit iaitu Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama dan Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam.

 

Visi

Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah Darul Aman peneraju Pendidikan Islam dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Misi

Mempertingkat kualiti Pendidikan Islam melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

 

Objektif

· Memastikan pelaksanaan dasar Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Institusi Pendidikan Agama dan Dakwah berjalan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

· Memastikan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Institusi Pendidikan Agama dan Dakwah dipatuhi.

· Memastikan pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.

· Memastikan pengurusan HEM dan kokurikulum serta kemudahan IPA KPM di Negeri Kedah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

· Memastikan pengurusan bantuan SAR KAFA yang cekap dan berhemat.

· Menjalin hubungan erat dan kerjasama antara SPI JPN Kedah dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.

 

 

waktu solat kedah

Senarai Muat Turun