Hebahan baru

  • Category: Am
  • Published: Monday, 14 September 2015 04:06
  • Written by Super User
  • Hits: 1522

Kursus Laman Web Joomla

 

Sila download surat

 

Mengenai SPI

  • Category: Am
  • Published: Monday, 14 September 2015 01:47
  • Written by Super User
  • Hits: 8094

Sektor Pendidikan Islam adalah satu sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.

Sektor ini di ketuai oleh seorang Ketua Sektor (DG52), seorang Ketua Penolong Pengarah (DG48), 6 orang Penolong Pengarah Kanan (DG44), 6 orang Penolong Pengarah (DG41), 4 orang Penyelia Kanan (DG34) dan 2 orang Penyelia (DG 32). Kesemua pegawai ini diletakkan di salah satu daripada tiga Unit iaitu Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama dan Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam.

 

Visi

Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah Darul Aman peneraju Pendidikan Islam dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Misi

Mempertingkat kualiti Pendidikan Islam melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

 

Objektif

· Memastikan pelaksanaan dasar Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Institusi Pendidikan Agama dan Dakwah berjalan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

· Memastikan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Institusi Pendidikan Agama dan Dakwah dipatuhi.

· Memastikan pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.

· Memastikan pengurusan HEM dan kokurikulum serta kemudahan IPA KPM di Negeri Kedah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

· Memastikan pengurusan bantuan SAR KAFA yang cekap dan berhemat.

· Menjalin hubungan erat dan kerjasama antara SPI JPN Kedah dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.

 

 

Fungsi

  • Category: Am
  • Published: Monday, 14 September 2015 01:50
  • Written by Super User
  • Hits: 6805

Fungsi 1: Pengurusan Pendidikan Islam:

1. Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya

2. Menyelaras, mengurus dan mengawal selia pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pentadbiran serta tadbir urus ICT SPI dan IPA.

 

Fungsi 2: Pengurusan Institusi Pendidikan Agama:

1. Menyelaras dan mengurus keperluan serta pengoperasian IPA JPN dari aspek pentadbiran sekolah, pengurusan guru, dan murid  serta penyelarasan Kelas Aliran Agama (KAA).

2. Menyelaras dan mengurus institusi bagi pelaksanaan program pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam aspek penyelidikan dan pendokumentasian

3. Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan pembangunan IPA JPN dan bantuan SAR KAFA serta Institusi Pendidikan yang melaksanakan program Pendidikan Islam:

 

Fungsi 3: Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam:

1. Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan dasar dan operasi program dakwah dan kepimpinan untuk Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

2. Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan program pengembangan syiar Islam dan pengukuhan budaya Islam kepada Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

 

 

 

 

waktu solat kedah

Senarai Muat Turun