Piagam Pelanggan
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

 Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:

  1. Memastikan semua kanak-kanak dengan dokumen yang sah mendapat tempat belajar Tahun Satu (1) mengikut kohort umur  di sekolah-sekolah bawah kawalan KPM mengikut  pekeliling yang berkuatkuasa.

  2. Memastikan proses pemilihan kemasukan  murid  ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diselesaikan dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja

  3. Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan (PPD) mendapat dokumen, maklumat dan konsultasi berkaitan kurikulum dalam tempoh 14 hari bekerja.

  4. Memastikan semua murid sekolah menengah dan Tahap 2 sekolah rendah terlibat dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan

  5. Memastikan pendaftaran calon Peperiksaan Awam (SPM persendirian dan ulangan) diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima

  6. Memastikan permohonan  pendaftaran institusi pendidikan swasta  dengan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

  7. Menempatkan semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja

  8. Memastikan agihan waran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja

  9. Memastikan semua bayaran bil dan tuntutan yang lengkap dibuat dalam tempoh tujuh  (7) hari dari tarikh penerimaan

  10. Memastikan semua aduan bermaklumat lengkap diurus tadbir mengikut Prosedur Operasi Standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja

  11. Memastikan semua klien yang memerlukan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 ( Akta 580)

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 11 December 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 63

Minggu ini 3003

Bulan ini 8101

Keseluruhan 277509