Perutusan Pengarah
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

PENGARAHJPNK    

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa portal JPNK kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi/multimedia/siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan  menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.

Penghasilan portal yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam  pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak portal ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa.amat dialu-alukan.

  Abd Aziz bin Selaiman
Pengarah Pendidikan Kedah

 

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 12 November 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 247

Minggu ini 1954

Bulan ini 7294

Keseluruhan 256887