Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya dengan segala hormatnya diarah untuk menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membangunkan Model Baharu Pengurusan Prestasi iaitu MyPERFORMANCE bagi menggantikan sistem penilaian sedia ada, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Bagi tujuan ini, setiap Kementerian dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kamus kompetensi mengikut skim perkhidmatan dan gred serta mengikut jawatan dan tempat bertugas.
3. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah merangka soal selidik berkaitan bagi mendapatkan maklum balas daripada skim perkhidmatan yang terlibat. Maklum balas ini amat diperlukan sebagai data sokongan dalam penghasilan kamus kompetensi yang menyeluruh. Dalam hubungan ini, kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk memanjangkan borang soal selidik atas talian kepada semua skim perkhidmatan terlibat di Bahagian/Jabatan di semua peringkat bagi memastikan jumlah reponden yang lebih ramai diperoleh. Pautan soal selidik mengikut skim perkhidmatan adalah seperti berikut:
Bil.
|
Skim Perkhidmatan
|
Gred Jawatan Hakiki
|
Google Form Link
|
1
|
Pegawai Tadbir Diplomatik (M)
|
M41, M44, M48, M52, M54, JUSA
|
|
2
|
Pegawai Psikologi/ Penolong Pegawai Psikologi (S)
|
S29, S32, S38, S40, S41, S44, S48, S52, S54
|
|
3
|
Penolong Pegawai Tadbir (N)
|
N29, N32, N36, N40
|
|
4
|
Setiausaha Pejabat (N)
|
N19, N22, N29, N30, N32, N36, N40
|
|
5
|
Pembantu Makmal (C)
|
C19, C22, C26, C28
|
|
6
|
Pembantu Tadbir (Kew) (W)
|
W19, W22, W26, W28
|
|
7
|
Pembantu Tadbir (Penkeranian/Pengoperasian) (N)
|
N19, N22, N26, N28
|
|
8
|
Penyelia Asrama (N)
|
N19, N22, N26, N28
|
|
9
|
Pembantu Pengurusan Murid (N)
|
N19, N22, N26, N28
|
|
10
|
Pegawai Khidmat Pelanggan (N)
|
N19, N22, N26, N28
|
|
11
|
Pembantu Operasi (N)
|
N11, N14, N16, N18
|
|
12
|
Pemandu (H)
|
H11, H14
|
|
4. Tempoh kaji selidik ini bermula 12 November hingga 12 Disember 2019. Segala maklumat dan input yang telah diberikan adalah dirahsiakan dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.
Segala kerjasama pihak tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Shahrul Hisham bin Mansor
Cawangan Latihan & Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
+603-8884 7994